Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Presiden wilayah autonomi Kurdistan Iraq mengumumkan referendum kemerdekaan akan diadakan dalam beberapa bulan lagi dan menganggapnya sebagai hak penduduk kawasan terbabit.
Mas'ud Barzani berkata, "Apa yang berlaku sejak akhir-akhir ini menunjukkan hak Kurdistan untuk merdeka dan setelah itu kita tidak akan menafikan bahawa ini adalah matlamat kami."
Mengulas tentang krisis keamanan yang terjadi di Iraq, katanya, "Iraq sebenarnya telah berpecah, apakah kita sudah ditetapkan untuk selama-lamanya, berulang kali terjebak dalam krisis negara ini? Sekarang saya dan rakyat mengambil keputusan untuk merdeka. Dalam beberapa bulan lagi kami akan mengadakan referendum."
Berasaskan laporan ini, referendum tersebut akan diadakan di beberapa wilayah penduduk Kurdistan tanpa disertai penduduk dari wilayah-wilayah lain.
Sementara itu gerakan politik di Iraq mengutuk kenyataan ini.
1 Julai 2014 - 20:11
News ID: 620657
Presiden wilayah autonomi Kurdistan mahu bentuk negara sendiri